Pemasangan Arch Linux

Laman web Arch Linux membekalkan imej ISO yang boleh dijalankan dari CD atau USB . Setelah pengguna membuat sekatan cakera dan memformat pemacu mereka, skrip baris perintah mudah (pacstrap) digunakan untuk memasang sistem asas.[27] Pemasangan pakej tambahan yang bukan sebahagian daripada sistem asas (misalnya, persekitaran atas meja), dapat dilakukan menggunakan sama ada pacstrap, atau Pacman setelah but (atau membuat chroot) ke dalam pemasangan baharu.[32][33][7]

Alternatif lain daripada menggunakan imej CD atau USB untuk pemasangan ialah untuk menggunakan versi statik pengurus pakej Pacman, daripada dalam sistem pengoperasian berasaskan Linux yang lain.[34] Pengguna boleh melekap sekatan pemacu mereka yang baru diformat, dan menggunakan pacstrap (atau Pacman dengan suis baris perintah yang sesuai) untuk memasang pakej asas dan tambahan menggunakan titik lekapan peranti tujuan sebagai akar operasinya. Kaedah ini berguna semasa memasang Arch Linux ke pemacu kilat USB, atau ke peranti yang dilekat sementara yang dimiliki oleh sistem lain. [ <span title="This claim needs references to reliable sources. (May 2019)">petikan diperlukan</span> ]Tidak kira jenis pemasangan yang dipilih, tindakan lebih lanjut perlu dilakukan sebelum sistem baharu bersedia untuk digunakan, terutamanya dengan memasang pemuat but dan menatarajah sistem baharu dengan nama sistem, sambungan rangkaian, penetapan bahasa, dan antara muka pengguna grafik.[35]

Arch Linux tidak menjadualkan terbitan untuk tarikh tertentu tetapi menggunakan sistem "terbitan berterusan" di mana pakej baharu disediakan sepanjang hari. Pengurusan pakejnya membolehkan pengguna sentiasa mengemas kini sistem mereka dengan mudah.[36]

Kadang-kadang, campur tangan manual diperlukan untuk kemas kini tertentu, dengan arahan dipaparkan di bahagian berita di laman web Arch Linux.[37]

Rujukan

WikiPedia: Arch Linux http://allanmcrae.com/2011/12/pacman-package-signi... http://www.linuxdistroreview.com/arch-linux http://ostatic.com/blog/debian-project-lead-snappy... http://www.hardware.no/artikler/aaron_griffin_engl... http://git.kernel.org/?p=linux/kernel/git/torvalds... http://www.tuxmachines.org/node/15527 https://distrowatch.com/dwres.php?resource=intervi... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20090119#... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20090914#... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20151221#...